Sabtu, 22 Oktober 2011

Secebis Harapan


Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang 

Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan......

Sabar dan Tabahkan Hati


✿~ Jika hati ibarat air, jangan dibiarkan ia keruh..
✿~ Jika hati ibarat awan, jangan dibiarkan ia mendung..
✿~ Jika hati ibarat bulan, jangan dibiarkan ia gerhana..

>>> Usah meminta KEHIDUPAN yang MUDAH, tetapi pintalah KEIMANAN yang TINGGI agar TABAH menghadapi segala rencana kehidupan.. ✿◠‿◠

Rabu, 19 Oktober 2011

Sendiri Aku

Sendiri aku di malam ini
Aku masih mencari di mana harga diri
Aku masih mencari di mana kesilapan hati
Aku masih mencari di mana kesalahan terjadi

Sendiri aku di kala ini
Kenapa begini nasib diri
Haruskan aku kesali
Atau pasrah pada takdir Ilahi

Sendiri aku di hening hari
Fikirkan apa yang telah terjadi
Apakah ini dari kelemahan diri
Atau sememangnya takdir Ilahi

Sendiri aku di kepiluan hati
Pasrah aku pada Ilahi
Haruskah aku tempuhi dugaan ini
Dengan jiwa yang berani
Haruskah aku tempuhi ujian ini
Dengan hanya berserah pada Ilahi

Sendiri aku sendiri
Namun aku telah pasti
Jalan yang ada harus aku tempuhi
Dengan penuh gagah berani
Dengan penuh ketabahan hati
Tak kira onak dan duri
Tak kira rintangan yang merentasi
Akan aku hadapi
Demi masa depan yang belum pasti

Isnin, 17 Oktober 2011

Serlahkan Kehebatan Kita. (Usah Jadi Orang Lain)

Assalamualaikum adik2..

Ari ni kak ros nk kongsi 'Kisah Pemecah Batu' yang pernah kak ros baca. Semoga kisah ini dpt memberikan manfaat buat semua...

Kisahnyer begini...
Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh tenaga memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mengeluh tentang kenaifan diri sendiri.

Di bawah limpahan terik sinar mentari yang mbakar,sambil memegang penukul besinya, dia melihat ke arah matahari dan berkata pada diri sendiri, "Malangnyer diriku ini.. Alangkah baiknya kalau aku dicipta sbg matahari yg besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan mbakar sesiapa yg aku suka."

Sedang dia asyik berfikir, tetiba keadaan mjadi redup. Apabila dia mendongak, dia melihat ada gumpalan awan besar bwarna gelap sedang menutupi matahari, lantas berkata, "Wah, awan lebih hebat rupanya! ia boleh memadamkan kekuatan sahaya mentari.

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan. Dengan ukuran seperti rasaksa, boleh bergerak kemana-mana dan mengalahkan sang mentari" tingkahnya dalam diri.

Matanya leka mengekori awan yg berarak megah. Tiba2 awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

“Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia Berjaya memecahkan gumpalan awan.” Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam. “Malangnya diriku ini dan alangkah baiknya jika aku menjadi bukit yg berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari,” gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: “Rupa-rupanya bukit yang tersergam indah ini sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu.” “Dan pemecah batu itu adalah AKU!”
Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, “Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah drp awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yg dciptakan Tuhan untukku.”
Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dgn penuh rasa syukur. Dia tidak lg mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut…

IKTIBAR:
Benar, manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dgn kacamata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dgn mengagumi org lain tetapi memandang rendah diri sendiri. Manusia sebegitu tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selamanya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yg berpanjangan.

Justeru itu, untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu menjadi orang lain tetapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah serta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yg sama kita mencari di manakah kelemahan yg perlu diperbaiki. Dari situ kita akan mula menerokai kelebihan yang Allah anugerahkan selama ini tersembunyi dalam diri kita.

Yakinlah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk unik dgn sebaik2 kejadian!
Tags: tauladan

Khamis, 13 Oktober 2011

ILMU vs HARTA

Assalamualaikum adik2...
Harap sumer ceria dan bersemangat mengharungi liku2 hidup..
Hari ni, kak ros nak kongsi sedikit intipati tazkirah yang pernah kak ros dengar untuk renungan kita bersama..

BEZA ILMU & HARTA

1) ILMU merupakan warisan para Nabi, manakala HARTA pula adalah warisan Qarun dan Firaun.

2) ILMU boleh menjaga pemiliknya, sedangkan HARTA pula perlu dijaga dan diurus oleh pemilik.

3) Orang yang ada ILMU ramai teman, manakala pemilik HARTA ramai musuh.

4) ILMU akan bertambah bila diamalkan dan disampaikan kepada orang lain, sedangkan HARTA akan berkurang jika dibelanjakan begitu sahaja.

5) ILMU tidak boleh dicuri dari pemiliknya, sedangkan HARTA boleh dicuri.

6) Di akhirat, pemilik ILMU akan diberi syafaat, manakala pemilik HARTA akan dihisab.

7)ILMU tidak akan lapuk ditelan masa, sedangkan HARTA akan usang.

8) Orang berILMU akan jadi hamba Tuhan, sedangkan kebanyakan HARTAwan jadi hamba makhluk.

Wallahu a'lam

Ahad, 9 Oktober 2011

Alkisah: TEMAN SEJATI MILIKI PERSPEKTIF YG SAMA

Suatu hari, kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun bernama Habibi meminta kebenaran dr ibunya utk pergi bmain dgn anak jiran d sebelah rumahnya. Ibunya mberi kbenaran dgn syarat dia bjanji pulang ke rumah sbelum jam 6 ptg.

Pada jam 6 ptg, Habibi masih belum pulang. Ibunya sabar menanti di muka pintu sambil mengomel-ngomel mengenai kelewatan anak manja itu. Selepas 25 minit berlalu, barulah wajah Habibi muncul di pintu hadapan rumahnya. Ibunya yg cuba mengawal perasaan geram lantas bertanya kepada anaknya itu, "Kenapa lewat Bibi?"

"Maafkan saya ibu. Waktu saya nak pulang ke rumah, anak patung Zurin pecah," jawab Habibi dgn sedikit pelat.

"oh, begitu!" balas ibunya. "Jadi Bibi tlg Zurin baiki anak patung dia semula lah ye?" teka si ibu dgn wajah penuh tanda tanya.

"Taklah," balas Habibi. "Bibi cuma tlg dia nangis sama je," tambahnya lagi.

Nilai Kejujuran

Alangkah indah kata-kata saidina Ali

Sememangnya kejujuran asas kepercayaann
Sabda Rasulullah
‘Berkata benarlah, walaupon ia pahit’

Penipuan dan ketidakjujuran
Walau apapon sebab dan alasan
Tetap meninggalkan kesan seluas lautan
Mampu membuahkan bibit-bibit pertengkaran
Merosakkan hubungan persahabatan
Memutuskan silaturrahim kekeluargaan
Malah mampu memecahbelahkan
Ikatan suci pernikahan

Penipuan dan ketidakjujuran
Mengundang syak wasangka, sakit hati & ketidakpercayaan
Mampu menghakis rasa cinta dan kepercayaan
Di samping membuat si dia makan hati
Rasa tidak dihargai dan dicintai sepenuh hati

Apakah ertinya cinta
Kalau tidak berkongsi rasa
Susah senang dhadapi bersama
Menyulam kasih menyemai bahagia

Apakah ertinya kasih
Jika rahsiamu membuatkan dirinya tersisih

Menyimpan luka demi kasih
Demi cinta buat kekasih


Sedikit penipuan+sedikit ketidakjujuran+sedikit alasan
=akhirnya sebati dalam kehidupan
Membibitkan bunga-bunga pertengkaran
Menjadi api dalam sekam
Membakar harmoni sebuah perhubungan

Tepuk dada Tanya selera
Tindakan kita yang mencorakkan segalanya
Memartabatkan cinta demi bahagia
Atau menggadaikannya dengan tindakan dan keegoan

Derita berpisah atau bahagia bersama
Pilihan di tangan kita
Pilihlah dan bertindaklah tanpa buang masa
Agar penyesalan tidak menghantui kita
Di satu masa dan ketika

Ingatan buat diri
-Insan Biase-