Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mau belajar daripada mereka yang hebat. Aku adalah orang biasa, tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa, Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tetapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa.
Sabtu, 22 Oktober 2011
Secebis Harapan
Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan......
Sabar dan Tabahkan Hati
✿~ Jika hati ibarat air, jangan dibiarkan ia keruh..
✿~ Jika hati ibarat awan, jangan dibiarkan ia mendung..
✿~ Jika hati ibarat bulan, jangan dibiarkan ia gerhana..
>>> Usah meminta KEHIDUPAN yang MUDAH, tetapi pintalah KEIMANAN yang TINGGI agar TABAH menghadapi segala rencana kehidupan.. ✿◠‿◠
Rabu, 19 Oktober 2011
Sendiri Aku
Sendiri aku di malam ini
Aku masih mencari di mana harga diri
Aku masih mencari di mana kesilapan hati
Aku masih mencari di mana kesalahan terjadi
Sendiri aku di kala ini
Kenapa begini nasib diri
Haruskan aku kesali
Atau pasrah pada takdir Ilahi
Sendiri aku di hening hari
Fikirkan apa yang telah terjadi
Apakah ini dari kelemahan diri
Atau sememangnya takdir Ilahi
Sendiri aku di kepiluan hati
Pasrah aku pada Ilahi
Haruskah aku tempuhi dugaan ini
Dengan jiwa yang berani
Haruskah aku tempuhi ujian ini
Dengan hanya berserah pada Ilahi
Sendiri aku sendiri
Namun aku telah pasti
Jalan yang ada harus aku tempuhi
Dengan penuh gagah berani
Dengan penuh ketabahan hati
Tak kira onak dan duri
Tak kira rintangan yang merentasi
Akan aku hadapi
Demi masa depan yang belum pasti

Isnin, 17 Oktober 2011
Serlahkan Kehebatan Kita. (Usah Jadi Orang Lain)
Assalamualaikum adik2..
Ari ni kak ros nk kongsi 'Kisah Pemecah Batu' yang pernah kak ros baca. Semoga kisah ini dpt memberikan manfaat buat semua...
Kisahnyer begini...
Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh tenaga memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mengeluh tentang kenaifan diri sendiri.
Di bawah limpahan terik sinar mentari yang mbakar,sambil memegang penukul besinya, dia melihat ke arah matahari dan berkata pada diri sendiri, "Malangnyer diriku ini.. Alangkah baiknya kalau aku dicipta sbg matahari yg besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan mbakar sesiapa yg aku suka."
Sedang dia asyik berfikir, tetiba keadaan mjadi redup. Apabila dia mendongak, dia melihat ada gumpalan awan besar bwarna gelap sedang menutupi matahari, lantas berkata, "Wah, awan lebih hebat rupanya! ia boleh memadamkan kekuatan sahaya mentari.
Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan. Dengan ukuran seperti rasaksa, boleh bergerak kemana-mana dan mengalahkan sang mentari" tingkahnya dalam diri.
Matanya leka mengekori awan yg berarak megah. Tiba2 awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.
“Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia Berjaya memecahkan gumpalan awan.” Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam. “Malangnya diriku ini dan alangkah baiknya jika aku menjadi bukit yg berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari,” gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: “Rupa-rupanya bukit yang tersergam indah ini sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu.” “Dan pemecah batu itu adalah AKU!”
Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, “Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah drp awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yg dciptakan Tuhan untukku.”
Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dgn penuh rasa syukur. Dia tidak lg mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut…
IKTIBAR:
Benar, manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dgn kacamata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dgn mengagumi org lain tetapi memandang rendah diri sendiri. Manusia sebegitu tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selamanya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yg berpanjangan.
Justeru itu, untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu menjadi orang lain tetapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah serta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yg sama kita mencari di manakah kelemahan yg perlu diperbaiki. Dari situ kita akan mula menerokai kelebihan yang Allah anugerahkan selama ini tersembunyi dalam diri kita.
Yakinlah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk unik dgn sebaik2 kejadian!

Tags: tauladan
Khamis, 13 Oktober 2011
ILMU vs HARTA
Assalamualaikum adik2...
Harap sumer ceria dan bersemangat mengharungi liku2 hidup..
Hari ni, kak ros nak kongsi sedikit intipati tazkirah yang pernah kak ros dengar untuk renungan kita bersama..
BEZA ILMU & HARTA
1) ILMU merupakan warisan para Nabi, manakala HARTA pula adalah warisan Qarun dan Firaun.
2) ILMU boleh menjaga pemiliknya, sedangkan HARTA pula perlu dijaga dan diurus oleh pemilik.
3) Orang yang ada ILMU ramai teman, manakala pemilik HARTA ramai musuh.
4) ILMU akan bertambah bila diamalkan dan disampaikan kepada orang lain, sedangkan HARTA akan berkurang jika dibelanjakan begitu sahaja.
5) ILMU tidak boleh dicuri dari pemiliknya, sedangkan HARTA boleh dicuri.
6) Di akhirat, pemilik ILMU akan diberi syafaat, manakala pemilik HARTA akan dihisab.
7)ILMU tidak akan lapuk ditelan masa, sedangkan HARTA akan usang.
8) Orang berILMU akan jadi hamba Tuhan, sedangkan kebanyakan HARTAwan jadi hamba makhluk.
Wallahu a'lam

Ahad, 9 Oktober 2011
Alkisah: TEMAN SEJATI MILIKI PERSPEKTIF YG SAMA
Suatu hari, kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun bernama Habibi meminta kebenaran dr ibunya utk pergi bmain dgn anak jiran d sebelah rumahnya. Ibunya mberi kbenaran dgn syarat dia bjanji pulang ke rumah sbelum jam 6 ptg.
Pada jam 6 ptg, Habibi masih belum pulang. Ibunya sabar menanti di muka pintu sambil mengomel-ngomel mengenai kelewatan anak manja itu. Selepas 25 minit berlalu, barulah wajah Habibi muncul di pintu hadapan rumahnya. Ibunya yg cuba mengawal perasaan geram lantas bertanya kepada anaknya itu, "Kenapa lewat Bibi?"
"Maafkan saya ibu. Waktu saya nak pulang ke rumah, anak patung Zurin pecah," jawab Habibi dgn sedikit pelat.
"oh, begitu!" balas ibunya. "Jadi Bibi tlg Zurin baiki anak patung dia semula lah ye?" teka si ibu dgn wajah penuh tanda tanya.
"Taklah," balas Habibi. "Bibi cuma tlg dia nangis sama je," tambahnya lagi.

Nilai Kejujuran

Sememangnya kejujuran asas kepercayaann
Sabda Rasulullah
‘Berkata benarlah, walaupon ia pahit’
Penipuan dan ketidakjujuran
Walau apapon sebab dan alasan
Tetap meninggalkan kesan seluas lautan
Mampu membuahkan bibit-bibit pertengkaran
Merosakkan hubungan persahabatan
Memutuskan silaturrahim kekeluargaan
Malah mampu memecahbelahkan
Ikatan suci pernikahan
Penipuan dan ketidakjujuran
Mengundang syak wasangka, sakit hati & ketidakpercayaan
Mampu menghakis rasa cinta dan kepercayaan
Di samping membuat si dia makan hati
Rasa tidak dihargai dan dicintai sepenuh hati
Apakah ertinya cinta
Kalau tidak berkongsi rasa
Susah senang dhadapi bersama
Menyulam kasih menyemai bahagia
Apakah ertinya kasih
Jika rahsiamu membuatkan dirinya tersisih
Menyimpan luka demi kasih
Demi cinta buat kekasih
Sedikit penipuan+sedikit ketidakjujuran+sedikit alasan
=akhirnya sebati dalam kehidupan
Membibitkan bunga-bunga pertengkaran
Menjadi api dalam sekam
Membakar harmoni sebuah perhubungan
Tepuk dada Tanya selera
Tindakan kita yang mencorakkan segalanya
Memartabatkan cinta demi bahagia
Atau menggadaikannya dengan tindakan dan keegoan
Derita berpisah atau bahagia bersama
Pilihan di tangan kita
Pilihlah dan bertindaklah tanpa buang masa
Agar penyesalan tidak menghantui kita
Di satu masa dan ketika
Ingatan buat diri
-Insan Biase-
Sabtu, 8 Oktober 2011
Luahan Rasa Menerusi Pena
Pernahkah kau mendongak ke langit, melihat camar putih sesuci salju bebas berterbangan di udara dan lantas kau menjerit keghairahan, meminta ia membawamu terbang bersamanya? AKU PERNAH
Pernahkah kau berlari di gigi air sambil mdengar nyanyian ombak yg tak pernah jemu memukul pantai, lalu kau tersenyum dan mengibaratkan cinta kekasihmu adalah ombak dan hatimu adalah pantainya? AKU PERNAH
Pernahkah kau kecapi rasa cinta dan kasih yg kau rasakan luhur dan tiada noktahnya sampaikan kau terlupa tentang erti sebuah kehilangan? AKU PERNAH
Aku pernah memiliki segalanya, lebih dari yang kupinta, lebih dari yg aku dambakan.
Namun dalam sekelip mata, aku kehilangan segala yang ku kasihi sepenuh jiwaku. Hidupku yg jernih bersih kini berjelaga dgn noda hitam. Aku kehilangan saudara, cinta dan sahabat yg pernah aku bangga-banggakan dulu. Impianku yg dahulunya tinggi mencakar langit, setinggi Menara Kuala Lumpur, kini terkubur di perut bumi.
Kering sudah air mataku utk mengesak tangis dan hilang sudah suaraku utk menjerit payah. Benar, aku sememangnya pernah lupa tentang erti kehilangan sehinggalah segala yg aku miliki lenyap, jauh dr gapaianku. Kini sungai deritaku tidak pernah putus mengalir. Cintaku bagaikan hiasan kristal yg pecah berderai, tak mampu lagi ku cantum semula.
Aku bukan penulis yg mampu melarikan mata pena di atas kertas, menarikan tarian indah yg menyentuh sukma. Aku jua bkn pelukis yg mampu menukarkan kanvas putih kpd pelangi yg bewarna-warni yg cantik menghiasi pandangan mata. Aku jua bkn penyair yg mampu nelagukan rangkap2 kiasan indah yg lembut mengusik jiwa.
Kerdilku, jahilku dan khilafku membuatkan aku tersungkur, rebah tanpa kekuatan utk berbangkit berdiri. Aku umpama pahlawan yg berbekalkan perisai dan pedang sedangkan musuh-musuhku dilengkapi radar dan nuklear.
Kakiku goyah utk melangkah sendiri tatkala teman2 yg lain sudah berlari jauh, meninggalkan aku sebelum peperangan ini bermula. Medan pertempuran ini t erpaksa aku rentasi sendiri. Ya Rabbi, Hanya diri-Mu teman sejatiku. Hanya Kau teman hakiki.
Hanya Kau Ya Allah, yang tahu betapa aku rindukan hidupku yg dulu. Namun walaupun sejuta titisan air mata darah yg mengalir ke pipi ini, kisah silam takkan mampu kuubah. Aku hanya mampu merintis jejak ke masa depanku sambil menadah tangan, berdoa agar dipermudahkan jalan yg Kau bentangkan di depanku. Aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Allah..

Jumaat, 7 Oktober 2011
Tips Mengurangkan Kemurungan (Tatkala Menghadapi Dugaan Hidup)
Assalamua’alaikum…

Berikut adalah beberapa tips mengurangkan kemurungan/ kesedihan (versi sendiri) hasil rujukan daripada buku-buku agama, koleksi buku-buku siri penyejuk hati, website2 yang sepatutnya, perbincangan dengan sifu2, rakan sejawat, rekod klien tetapi diaplikasikan mengikut keperluan, kesesuaian diri sendiri.
1) Kembali pada Allah – muhasabah, zikir, berdoa, bermunajat dll.
2) Membaca Al-Quran- sesungguhnya itulah warisan yang ditinggalkan dan perlu dimanfaatkan oleh setiap muslim..Bukan hanya sebagai ibadat, rujukan tetapi kerana di dalamnya ada syifa (penyembuh).. “Painkiller’ paling mujarab
3) Jangan terlalu mengharapkan sokongan daripada sesama manusia (keluarga, pasangan, kawan-kawan, kaunselor dan lain-lain).. ops… tips no 3 ni agak mengelirukan… silap2 akak boleh disaman..huhuhu.. jangan la panic…
Sememangnya fitrah manusia memerlukan sokongan moral (maybe financial jugak kot,hehehe) Namun jangan sampai terlalu mengharap sehingga terjadinya pergantungan (salah satu kes yang sering dirujukkan pada kaunselor)..Kurang faham? Ok, silalah baca huraian di bawah (kalau ada masa la). Pergantungan sering terjadi pada insan yang sedang menghadapi konflik kepada:
1) Keluarga: mengharapkan family sentiasa ada di sisi.. oleh kerana emosi dah menguasai diri, akal tidak rasional lagi.. (tak perasan yang IBU BAPA dah terlalu banyak bekorban selama ini, usia mereka kini sepatutnya tidak dibebani dgn masalah peribadi anak-anak sehingga mengganggu konsentrasi mereka beribadah, mengganggu kesihatan mereka dan lain-lain. ADIK-BERADIK? Jika mereka tidak ada di sisi kita di saat-saat kita memerlukannya, bersabarlah..bukannya mereka tak sayang, tetapi di bahu mereka tergalas pelbagai peranan yang perlu dilaksanakan..
2) Kawan-kawan/ abang@kakak angkat: susah nak cari kawan yang sentiasa ada tak kira kita susah atau senang.. bukan mustahil tapi susah sangat nak jumpa..spesis teman sejati dah semakin pupus, yang banyak cuma kawan makan kawan…walaupun camtu, akak tetap ade teman baik.. kawan sejak kecik.. bukan itu sahaja, kawan sejak turun-temurun.. atuknya kawan atuk akak, nenek dia kawan nenek akak.. mak ngn abah dia kawan mak abah akak.. maka dia kawan baik akak.. harap2 warisan ni berterusan ke anak cucu kami lak.. Tapi akak sedar akak x boleh harapkan dia sepanjang masa walaupun dia akan kecik hati jika dia tahu akak pk camni..sekarang dia dah ade suami dan anak2 yang lebih memerlukan perhatiannya.. jadi xleh la nak kaco dia slalu.. smoga dia bahagia.. abang angkat?? Satu ketika dulu akak ramai gak abang angkat.. bukannya akak angkat dowang, cuma dowang tu yang nak sangat jadi abang angkat akak.. tapi kebanyakannya bukan betul2 nak jadi abang pon.. ade niat tersembunyi rupenya.. nak jadi pakwe.. so, akak da tinggalkan dunia ‘angkat2’ ni.. sebelum terangkat baik akak blah dulu..
3) Kaunselor: yang ni pon mungkin kowang susah nak paham.. mesti ade yg tertanya-tanya..”awat xleh nak terlalu mharap kat kaunselor? Bukan ke dah memang keje depa tolong orang yang ade masalah?” memang la betul dik.. tp itu hanya kerja.. mereka cuma insan biasa, mereka jua ade emosi, ade family dll macam kita jugak. Mereka x boleh jadi span yang menyerap problem kita.. contoh ( kisah benar ) ;
a) Panggilan tpon dr klien (wanita) kul 2 pg pada kaunselor (lelaki suami orang).. katanya “en. Nan.. tolong la.. saya dah xleh nak teruskan idup”.. bayangkan la pe yg kaunselor tu hadapi.. masa tdo terganggu, is3 sebelah mula muncung.. huhuhu..
b) Panggilan dari klien (lelaki dlm lingkungan umo 21 thn) kat kaunselor (wanita yg lebih kurang akak la-umo sebaya, cute mcm akak dll, :-P) pada kul 4 pagi.. “Kak Nita.. Din rasa nak bunuh diri je skrg ni gak”… adus… parah.. cian kan klien tu n kaunselor tu gak..
Jika kita terlalu harapkan moral support dr mereka ni, bila mereka tidak dapat menyokong kita pada masa kita perlukan, maka kita akan bertambah murung, stress, rasa x dpedulikan.. silap2 leh clash terus ngn ‘c dier yang tersayang’ atas sebab2 yang akak dah jelaskan sebelum ni.. mmm… tambah lg satu masalah kan.. maka, sebaik2 sandaran adalah Allah subhanahu wa ta’ala.. Ingat tu tau! (cakap kat diri akak sendiri skali)..
Ok la semua.. maaf la kalo kali ni kowang pening ngn gaya bahasa akak.. tak macam slalu kan (artikel2 sblm ni).. maklum la akak cuma insan biasa.. ade waktunya kalut, sedih, x betul.. maaf skali lagi.. sebelum akak wat kowang bertambah pening, baik akak undur diri dulu.. jika sudi doakan la akak ni eh..
Salam sayang,

Insan biasa
Penawar Hati ( Baca, Teliti & Cuba : InsyaAllah, Kita Akan Nikmati Keajaibannya)
Situasi 1
Pernah tak rasa berdebar-debar? (saya pernah) Tak kisahlah berdebar untuk apa-apa sekalipun. Berdebar-debar tunggu keputusan peperiksaan ke, nak cakap di khalayak ramai ke, menunggu giliran untuk ditemuduga ke, apa-apa sajalah. Yang penting perasaan berdebar-debar. Selalunya kita berdebar-debar sebab kita bimbang tentang sesuatu perkara yang bakal berlaku dan ia adalah di luar kawalan kita. Betul tak? Sungguh, degupan jantung yang berdebar-debar adalah tidak selesa sama sekali dan kita ingin perasaan itu reda dengan cepat.Selalunya apa yang kita buat apabila kita dilanda perasaan sebegini? Cuba tenangkan diri? Bagaimana cara anda tenangkan diri?
Situasi 2
Pernahkah anda rasa sedih? (saya pernah) Tak kisahlah sedih atas sebab apa sekalipun. Sedih kerana putus cinta, kehilangan insan tersayang, keputusan peperiksaan tak sebaik yang kita harapkan, diumpat, difitnah? Selalunya apa yang kita buat apabila kita dilanda perasaan sebegini? Cuba tenangkan diri? Bagaimana cara anda tenangkan diri?
Macam-macam cara kita ubati perasaan sebegini. Namun, adakah kita benar-benar bertemu dengan penawar yang mujarab ataupun hanya penawar yang bersifat sementara sahaja seperti mengambil ‘pain-killer’ tatkala sakit. Cukup 8 jam, sakit tersebut akan kita rasai semula. Tapi biasalah lumrah manusia, inginkan kesan segera tanpa memikirkan kesan sampingan dan sifat penawar yang kita ambil itu. Kita kadang-kadang lebih cenderung mencari penawar yang bersifat sementara padahal penawar hakiki sudah ada di depan mata. Ruginya kita seorang Islam tidak dapat memahami dan menghayati betapa mujarabnya penawar yang kita miliki sejak dari kecil lagi.
Kita belajar membaca Al-Quran sejak usia kecil dan berusaha untuk mengkhatamkan Al-Quran sebelum habis Darjah 6. Kemudian, Al-Quran terus disimpan, dibaca kadang-kadang, malah lebih malang terus tidak diusik lagi. Hasilnya, Al-Quran hanya dibaca untuk majlis-majlis Tahlil, Bacaan Yasin dan kenduri doa selamat sahaja. Yang anehnya, kita rasa selesa dengan keadaan itu dan tiada inisiatif yang kita lakukan untuk mendalami dan memahami maksud-maksud yang tersirat di sebalik kalimah-kalimah Allah yang suci.
Alangkah ruginya kita tidak berusaha untuk memahami ajaran Al-Quran kerana Al-Quran sepatutnya menjadi manual kehidupan kita. Segala masalah kehidupan dapat diselesaikan sengan Al-Quran. Berbalik kepada persoalan debaran hati dan kesedihan tadi, saya ingin mencadangkan agar membaca Al-Quran sebagai penawarnya. Saya telah mencuba nak menikmati hasilnya yang mujarab. Marilah cuba bersama nak nikmati keajaibannya.Saya bukan bercakap kosong tetapi ayat 28 dalam Surah Ar-Rad memberikan bukti yang nyata.
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Surah ar-Rad: ayat 28)
Allah menjanjikan ketenangan hati apabila kita mengingati-Nya. Salah satu cara untuk mengingati Allah adalah membaca Al-Quran. Kemudian Ambillah sedikit masa untuk membaca maknanya. Keajaiban yang saya cuba sampaikan di sini ialah hati kita akan beransur tenang apabila kita membaca Al-Quran walaupun kita tidak memahami maknanya. Bayangkan jika kita memahami maknyanya, ia akan lebih mujarab.
Nah… cuba dulu baru tahu. Sebagai demo penawar hati melalui Al-Quran, jom kita selami jawapan yang boleh kita dapat dari Al-Quran dalam beberapa persoalan yang terbit di hati kita ketika kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih seperti berikut:
KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusuf ayat 87
Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Quran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....
wassalam.....

Khamis, 6 Oktober 2011
The Carrots, The Eggs & The Coffee Beans

In the first pot, put some carrots.
In the second pot, put some eggs.
In the third pot, put some coffee beans that have been grounded into coffee powder.
Boil all three pots for 15 minutes.
Take out what you put in.
The carrots went in hard. They are now soft.
The eggs went in soft inside.Now, they are hard inside.
But the water has the colourand the wonderful smell of coffee.
Now think about life.
Life is not always easy.
Life is not always comfortable.
Sometimes life is very hard.
Things don’t happen like we wish.
People don’t treat us like we hope.
We work very hard but get few results.
What happens when we face difficulties?
Now think about the three pots.
The boiling water is like the problems of life.
We can be like the carrots.
We go in tough and strong.
We come out soft and weak.
We get very tired.
We lose hope.
We give up.
There is no more fighting spirit.
Don’t be like the carrots!
We can be like the eggs.
We start with a soft and sensitive heart.
We end up very hard and unfeeling inside.
We hate others.
We don’t like ourselves.
We become hard-hearted.
There is no warm feeling, only bitterness.
Don’t be like the eggs!
We can be like the coffee beans.
The water does not change the coffee powder.
The coffee powder changes the water!
The water has become different because of the coffee powder.
See it.
Smell it.
Drink it.
The hotter the water, the better the taste.
We can be like the coffee beans.
We make something
good from the difficulties we face.
We learn new things.
We have new knowledge, new skills, new abilities.
We grow in experience.
We make the world around us better.

To succeed, we must try… and try again.
We must believe in what we are doing.
We must not give up.
We must be patient.
We must keep pushing.
Problems and difficulties give us the chance to become stronger… and better… and tougher.
What are we like when things do not go well?
Are we like the carrots…
or the eggs…
or the coffee beans?
Be like the coffee beans!
Renungan Bersama (Buat Diri Yang Lupa)…
Kadangkala manusia sungguh cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu tanpa mengambil kira keadaan sesuatu itu. Hal sebegini begitu mudah untuk dilakukan. Bersikap tidak ambil peduli tentang perasaan seseorang itu mungkin lumrah bagi yang suka bercakap mengenai keburukan orang lain. Wahai insan-insan sebegini, marilah kita sama-sama bina dan menjana kecemerlangan. Apalah salahnya bersangka baik. Percayalah…awan yang putih pun akan menjadi kelabu kerana sarat dengan muatannya yang akhirnya turun sebagai hujan.
Apa pula kaitan hujan dengan hal yang dibincangkan ini? Ok, mari kita renungkan…pasti ramai yang menganggap awan itu cantik dan putih seperti kapas. Dan lagi ramai yang suka sekiranya awan cerah sentiasa menyelubungi angkasa. Itu satu kesimpulan yang bagus, namun tidak cerdik sekiranya terlupa tentang awan yang akan membawa bersama rintik-rintik hujan dan kalaunya turun dengan lebat, boleh banjir satu dunia…
Boleh membuat kesimpulan. Saya tidak menyatakan ia salah, tapi mengikut keadaan sebenar. Kalau nak dibandingkan cerita kartun, sampai akhir cerita pun, kesimpulan dia, watak kartun tu memang takkan mati punya. Berbanding kita yang hidup ini, yang disangka kaya tak selamanya kaya, kerana mungkin dirundung derita. Yang disangka miskin tak selamanya miskin, kerana mungkin bahagia yang dirasa. Kesimpulannya…tak salah bersangka baik. Yang tak baiknya ialah bersangka buruk sebelum mengenali.
Sama-sama kita renungkan…

IMPIAN vs KEPERLUAN
Aku memohon kekuatan...
Lalu Tuhanmemberikanku kesulitan,
Untuk menjadikanku gagah.
Aku memohon cinta kekasih..
Lalu Tuhan mempertemukanku insan bermasalah,
Untukku mencari penawar duka.
Aku memohon keteguhan hati...
lalu Tuhan memberikanku bahaya,
Untuk kutangani.
Justeru itu,
Aku tidak perolehi apa-apa yg kuimpikan,
Namun aku mendapat segala yang kuperlukan.
(Nukilan Al-Rumi-seorang penyair sufi)
## oleh itu, redha lah dengan sgala pemberian Tuhan.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keperluan kita dan ape yg terbaik buat hamba ciptaanNya...

Rabu, 5 Oktober 2011
La Tahzan (Don't Be Sad)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada warga STTS dan para pengunjung blog ini. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga hari ini membawa seribu satu kenangan yang indah untuk kita kenang pada satu masa kelak. Ada yang bersedih? Kalau ada, usah bersedih lama-lama, kerana ramai yang masih menyayangi anda.
Seandainya ingin menangis pun, luahkanlah agar hati anda akan berasa lebih ‘ringan’. Malu ke menangis?.. Janganlah malu. Awan yang kadang-kala mendung pun tidak pernah malu menitiskan ‘air matanya’. Tetapi, bagi sahabat di luar sana, sekiranya anda menangis kerana teman lelaki anda tidak menyukai anda, atau kawan perempuan mencemuh anda, usah gusar, usah terbuai-buai dengan gundah gulana. Ekspresikan dirimu dengan keceriaan. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor…ramai lagi kawan yang akan menghargai anda. Lagipun, kejar dulu cita-cita sebelum kita mengejar cinta orang lain. Tetapi jangan pula melupakan cinta kepadaNya.
Apa yang penting, anda berani menghadapi kemungkinan yang ada menanti di depan anda. Mungkin kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Tidak mengapa…itu juga satu ujian dalam kehidupan. Tak gitu. Jadi di sini, saya juga menyarankan diri saya dan orang lain agar lebih tabah menghadapi ujian sekeliling. Memang bercakap itu lebih senang daripada mengharunginya. Tetapi, percayalah…kita tidak keseorangan, kerana Dia sentiasa ada memerhati kita.

Langgan:
Catatan (Atom)