Isnin, 17 Oktober 2011

Serlahkan Kehebatan Kita. (Usah Jadi Orang Lain)

Assalamualaikum adik2..

Ari ni kak ros nk kongsi 'Kisah Pemecah Batu' yang pernah kak ros baca. Semoga kisah ini dpt memberikan manfaat buat semua...

Kisahnyer begini...
Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh tenaga memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mengeluh tentang kenaifan diri sendiri.

Di bawah limpahan terik sinar mentari yang mbakar,sambil memegang penukul besinya, dia melihat ke arah matahari dan berkata pada diri sendiri, "Malangnyer diriku ini.. Alangkah baiknya kalau aku dicipta sbg matahari yg besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan mbakar sesiapa yg aku suka."

Sedang dia asyik berfikir, tetiba keadaan mjadi redup. Apabila dia mendongak, dia melihat ada gumpalan awan besar bwarna gelap sedang menutupi matahari, lantas berkata, "Wah, awan lebih hebat rupanya! ia boleh memadamkan kekuatan sahaya mentari.

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan. Dengan ukuran seperti rasaksa, boleh bergerak kemana-mana dan mengalahkan sang mentari" tingkahnya dalam diri.

Matanya leka mengekori awan yg berarak megah. Tiba2 awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

“Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia Berjaya memecahkan gumpalan awan.” Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam. “Malangnya diriku ini dan alangkah baiknya jika aku menjadi bukit yg berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari,” gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: “Rupa-rupanya bukit yang tersergam indah ini sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu.” “Dan pemecah batu itu adalah AKU!”
Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, “Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah drp awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yg dciptakan Tuhan untukku.”
Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dgn penuh rasa syukur. Dia tidak lg mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut…

IKTIBAR:
Benar, manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dgn kacamata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dgn mengagumi org lain tetapi memandang rendah diri sendiri. Manusia sebegitu tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selamanya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yg berpanjangan.

Justeru itu, untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu menjadi orang lain tetapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah serta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yg sama kita mencari di manakah kelemahan yg perlu diperbaiki. Dari situ kita akan mula menerokai kelebihan yang Allah anugerahkan selama ini tersembunyi dalam diri kita.

Yakinlah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk unik dgn sebaik2 kejadian!
Tags: tauladan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan