Jumaat, 7 Oktober 2011

Tips Mengurangkan Kemurungan (Tatkala Menghadapi Dugaan Hidup)

Assalamua’alaikum…
Berikut adalah beberapa tips mengurangkan kemurungan/ kesedihan (versi sendiri) hasil rujukan daripada buku-buku agama, koleksi buku-buku siri penyejuk hati, website2 yang sepatutnya, perbincangan dengan sifu2, rakan sejawat, rekod klien tetapi diaplikasikan mengikut keperluan, kesesuaian diri sendiri.

1) Kembali pada Allah – muhasabah, zikir, berdoa, bermunajat dll.


2) Membaca Al-Quran- sesungguhnya itulah warisan yang ditinggalkan dan perlu dimanfaatkan oleh setiap muslim..Bukan hanya sebagai ibadat, rujukan tetapi kerana di dalamnya ada syifa (penyembuh).. “Painkiller’ paling mujarab


3) Jangan terlalu mengharapkan sokongan daripada sesama manusia (keluarga, pasangan, kawan-kawan, kaunselor dan lain-lain).. ops… tips no 3 ni agak mengelirukan… silap2 akak boleh disaman..huhuhu.. jangan la panic…


Sememangnya fitrah manusia memerlukan sokongan moral (maybe financial jugak kot,hehehe) Namun jangan sampai terlalu mengharap sehingga terjadinya pergantungan (salah satu kes yang sering dirujukkan pada kaunselor)..Kurang faham? Ok, silalah baca huraian di bawah (kalau ada masa la). Pergantungan sering terjadi pada insan yang sedang menghadapi konflik kepada:


1) Keluarga: mengharapkan family sentiasa ada di sisi.. oleh kerana emosi dah menguasai diri, akal tidak rasional lagi.. (tak perasan yang IBU BAPA dah terlalu banyak bekorban selama ini, usia mereka kini sepatutnya tidak dibebani dgn masalah peribadi anak-anak sehingga mengganggu konsentrasi mereka beribadah, mengganggu kesihatan mereka dan lain-lain. ADIK-BERADIK? Jika mereka tidak ada di sisi kita di saat-saat kita memerlukannya, bersabarlah..bukannya mereka tak sayang, tetapi di bahu mereka tergalas pelbagai peranan yang perlu dilaksanakan..


2) Kawan-kawan/ abang@kakak angkat: susah nak cari kawan yang sentiasa ada tak kira kita susah atau senang.. bukan mustahil tapi susah sangat nak jumpa..spesis teman sejati dah semakin pupus, yang banyak cuma kawan makan kawan…walaupun camtu, akak tetap ade teman baik.. kawan sejak kecik.. bukan itu sahaja, kawan sejak turun-temurun.. atuknya kawan atuk akak, nenek dia kawan nenek akak.. mak ngn abah dia kawan mak abah akak.. maka dia kawan baik akak.. harap2 warisan ni berterusan ke anak cucu kami lak.. Tapi akak sedar akak x boleh harapkan dia sepanjang masa walaupun dia akan kecik hati jika dia tahu akak pk camni..sekarang dia dah ade suami dan anak2 yang lebih memerlukan perhatiannya.. jadi xleh la nak kaco dia slalu.. smoga dia bahagia.. abang angkat?? Satu ketika dulu akak ramai gak abang angkat.. bukannya akak angkat dowang, cuma dowang tu yang nak sangat jadi abang angkat akak.. tapi kebanyakannya bukan betul2 nak jadi abang pon.. ade niat tersembunyi rupenya.. nak jadi pakwe.. so, akak da tinggalkan dunia ‘angkat2’ ni.. sebelum terangkat baik akak blah dulu..


3) Kaunselor: yang ni pon mungkin kowang susah nak paham.. mesti ade yg tertanya-tanya..”awat xleh nak terlalu mharap kat kaunselor? Bukan ke dah memang keje depa tolong orang yang ade masalah?” memang la betul dik.. tp itu hanya kerja.. mereka cuma insan biasa, mereka jua ade emosi, ade family dll macam kita jugak. Mereka x boleh jadi span yang menyerap problem kita.. contoh ( kisah benar ) ;

a) Panggilan tpon dr klien (wanita) kul 2 pg pada kaunselor (lelaki suami orang).. katanya “en. Nan.. tolong la.. saya dah xleh nak teruskan idup”.. bayangkan la pe yg kaunselor tu hadapi.. masa tdo terganggu, is3 sebelah mula muncung.. huhuhu..

b) Panggilan dari klien (lelaki dlm lingkungan umo 21 thn) kat kaunselor (wanita yg lebih kurang akak la-umo sebaya, cute mcm akak dll, :-P) pada kul 4 pagi.. “Kak Nita.. Din rasa nak bunuh diri je skrg ni gak”… adus… parah.. cian kan klien tu n kaunselor tu gak..


Jika kita terlalu harapkan moral support dr mereka ni, bila mereka tidak dapat menyokong kita pada masa kita perlukan, maka kita akan bertambah murung, stress, rasa x dpedulikan.. silap2 leh clash terus ngn ‘c dier yang tersayang’ atas sebab2 yang akak dah jelaskan sebelum ni.. mmm… tambah lg satu masalah kan.. maka, sebaik2 sandaran adalah Allah subhanahu wa ta’ala.. Ingat tu tau! (cakap kat diri akak sendiri skali)..


Ok la semua.. maaf la kalo kali ni kowang pening ngn gaya bahasa akak.. tak macam slalu kan (artikel2 sblm ni).. maklum la akak cuma insan biasa.. ade waktunya kalut, sedih, x betul.. maaf skali lagi.. sebelum akak wat kowang bertambah pening, baik akak undur diri dulu.. jika sudi doakan la akak ni eh..


Salam sayang,
Insan biasa 

1 ulasan: